KUALA TERENGGANU: Yu paus berukuran kira-kira tiga meter yang dijumpai oleh sekumpulan penyelam tempatan pada 10 pagi Jumaat lepas di sekitar perairan Pulau Bidong memberikan data baharu dalam usaha konservasi hidupan marin negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Maizah Mohd Abdullah berkata penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.
"Yu paus ini merupakan haiwan migrasi jadi kehadiran spesies ini dapat memberi maklumat bahawa kawasan Pulau Bidong merupakan laluan migrasi, data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan yu paus ini.
"Kawasan itu adalah rekod baharu laluan migrasi yu paus, penemuan ini merupakan satu perkara yang mengujakan kerana haiwan marin ini kerap dijumpai di Pulau Redang, namun belum pernah direkodkan di sekitar perairan Pulau Bidong," katanya kepada Bernama.
Ketika ditanya mengenai adakah kehadiran hidupan marin itu menunjukkan indikasi perairan negara yang makin sihat, beliau menjelaskan perkara itu hanya boleh disahkan jika terdapat dua atau lebih kehadiran yu paus dijumpai di kawasan sama untuk mencari makanan.
Beliau menambah, yu paus merupakan ikan marin yang terbesar dalam kategori haiwan terancam oleh Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sekali gus mengalu-alukan masyarakat awam untuk melaporkan jika ternampak kehadiran spesies tersebut.
"Data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan (migrasi) yu paus ini, jadi kita mengalu-alukan masyarakat awam atau nelayan jika terjumpa untuk melaporkan kepada media atau UMT," katanya.
Sementara itu, penyelam tempatan Mohamad Hafiz Hamzah, 34, yang merakamkan momen kemunculan yu paus itu di kedalaman kira-kira 12 meter sempat berkongsi keterujaannya dengan Bernama selain berkata beliau sendiri tidak menjangkakan akan bertemu dengan hidupan marin itu.
"Saya sedang menyelam dan tiba-tiba di depan saya kelihatan seperti tiga rakan penyelam yang lain sedang mengejar sesuatu di belakang saya, dan bila saya menoleh ke belakang ada yu paus, rasa seperti tidak percaya," katanya.
Mohamad Hafiz merupakan seorang daripada peserta Bidong Summit yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 Julai lepas di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut. - Gambar hiasan/Unsplash
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Pemandu terselamat, kereta dihempap pokok tumbang
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mei 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil dan mengalami tidak banyak perubahan susulan kenaikan baru-baru ini, sejajar dengan ekuiti global, kata peniaga.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 13 Mei 2024
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kemunculan yu paus beri data baharu, bantu usaha konservasi hidupan marin negara
Penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.
Yu paus terjerut tali: Ini luahan kasihan kumpulan pemancing yang tersayat hati
Kehadiran yu paus menghampiri bot pemancing itu jelas mengambarkan bahawa ia sangat memerlukan pertolongan segera.
Yu paus ditemukan mati di perairan Tanjung Tohor
Punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu.
Populasi orang utan Borneo menuju kepupusan, kata pakar konservasi
Orang utan yang merupakan haiwan primat Asia terus menjadi mangsa pemburuan selain 'dihalau' dari habitat semula jadinya.